Entry: gembira + sedih = drama. Friday, October 03, 2008



Sekiranya kalian sering melihat rangkaian hallmark, tagline iklannya amat menarik dan tepat untuk dikaitkan dengan kehidupan. "Life is Drama " and "Life is Intriguing"

Tag line yang paling Nur suka ialah "Life is Drama ".

Kehidupan Nur sekarang memang penuh drama yang sangat dramatik.Jika kalian sering ataupun merupakan peminat soap-opera dari Indonesia yang jalan ceritanya sentiasa berliku-liku (tidak masuk dek akal = tidak logik),kalian mesti boleh merasai dan memahaminya.

Nur bukannya peminat cerita2 begitu.

Malangnya,Nur terperangkap dalam drama sebegitu di dunia realiti.

Syawal kali ini,adalah syawal paling menyedihkan.Dekat tapi Jauh itulah istilah yang paling tepat untuk digunakan.

Rasanya beraya jauh diperantauan adalah lebih baik daripada apa yang Nur lalui sekarang ini.Masa itu istilah jauh tapi dekat memang paling sesuai.

Alhamdulillah,akhirnya mendengar berita paling menggembirakan petang tadi.Rasa terharu,gembira dan dihargai begitu terasa,dalam masa yang sama rasa kesedihan yang berbaur tetap ada.

Hingga saat ini,perasaan sedih menyelubungi kerana kegembiraan yang dirasai tidak dapat dikongsi bersama dengan mereka yang amat dikasihi.

Allah,syukurku hanyalah untukMu sedari aku sering alpa kepadaMu.Ku mohon ya Allah,agar kegembiraan besar dapat dikongsi bersama semua yang dikasihi itu dihari yang amat di nanti.

Gembira,dan sedih itu tanda nikmat dari-Nya.

   0 comments

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments