|
Alhamdulillah.3 daripada 5 cookies raya yang dirancang telah siap sepenuhnya.Malah,isi kontainer pun makin berkurang dari hari ke hari.Sakit hati,hehehehehhehe sehingga terpaksa menjadi pengawas yang mengawal pergerakan di dalam rumah,apalagi di kawasan meja makan.Iaitu lokasi penyimpanan biskut-biskut raya itu.Kerana biskut-biskut itu sudah ada peminat tersendiri.Agak2nya balek ke Tawau nanti,orang rumah sendiri yang habiskan cookies tu.Takpe,yang penting habis. Nak tgk gmbr cookies ni,pegilah my fotopages. Ada cerita yang lagi details kot.Alah setakat 3 gmbr apa kes.kuang kuang kuang. Shopping. Apalah ertinya raya tanpa shopping.Bukan namanya perempuan kalu tak shopping.Ingat tak dulu-dulu Nur pernah bercerita berbanding mak,bapak Nur lagi suka shopping sehinggakan kami yang hampir patah lutut di buatnya.Yeah!!!! Tahun ni begitu lah ceritanya.Yang paling untung memang si adik Bongsu ShahfiQah lah sapa lagi.My father ? He shops till he drops,even me can't fight him. Our shopped activities started from the day my father bought me an oven.Continued on the next Sunday, and hopefully last nite was the last one here in KK.Not to mention when we gonna start shopping at Tawau. dan esok,insya Allah.adalah masa untuk keluar berdua bersama si dia. Itulah sebab mengapa ada 2 jenis cookies yang belum lagi dapat disiapkan.Sebab sayalah orang yang wajib menemani mereka ketika membuat pilihan. Memang lah penat,tapi saya mesti menghargai masa-masa ini. Pulang. Insya Allah,kami semua akan pulang ke Tawau,Sabtu ini.Perancangan perjalanan bermula selepas Subuh.Perlu awal untuk mengelak kesesakan di kawasan Ranau.Kami berkonvoi nanti.2 kereta. Tahun ni insya Allah seronok.Kerana kami bersepupu ramai yang pulang beraya.Anak-anak buah mesti lagi memeriahkan suasana. Ya,dalam hati memang ada rasa sedikit tidak sabar untuk pulang! Selamat Hari Raya Semua |
| hlovate September 28, 2008 07:11 AM PDT and you reminds me of the good ol days masa zama sakan blogging years back zaman versus *sigh* miss those days but thanks,ey for those days may Allah bless | ||
| Leave a Comment: |