Entry: Semangat Wednesday, September 17, 2008



Semangat.

1.Kelmarin,orang Borneo Malaysia cuti meraihkan hari Malaysia. (16.09.08).Cuti mestilah seronok.

2.Awal-awal pagi lagi bapak mengetuk pintu bilik. "Bangunlah Nur,kita pergi beli oven"

3.Ya,sejak akhir tahun lepas bapak saya berjanji membelikan saya oven.Ya,anaknya ni suka "baking membaking" (istilah membuat kek dalam Bahasa Ratu yang di Melayu kan).

4.Akhirnya,janji itu ditepati.Mungkin setelah bapak melihat "effort" anaknya membakar kek coklat menggunakan microwave.Resepi yang dilampirkan sekali bersama "manual" microwave.

5.Saya mahu tambah info,microwave itu saya beli di UK sebelum saya balik "back for good" ke Malaysia.

6.Kini semangat untuk membuat biskut raya,berkobar-kobar di dalam hati.

7.Mana tidaknya berkobar,sebaik saja membeli oven itu.Saya bawah bapak dan ika ke kedai buku.3 buku resepi saya bawak balek kelmarin.Tidak mengapa,buku masakan juga ilmu.

8.Insya Allah,Sabtu ni saya akan mula berjuang ke titis darah terakhir.Hahahaha

9.Aweng,aku mohon resepi tart nenas mu!

Buku dan Nostalgia.

1.Minggu lepas saya ke Eaton's.(Nama kedai yang popular di Kota Kinabalu.Kami juga ada cawangan kedai buku Popular di sini.)Saya berpusing-pusing di bahagian buku cerita.

2.Saya seorang yang pemilih.Saya hanya membaca buku cerita yang diolah oleh penulis yang saya kenali (walaupun hanya secara maya) ataupun penulis itu dibawah naungan syarikat terbitan yang saya percayai.

3.Saya terlihat [tunas] oleh Hlovate.Buku baru kah ni? Tanya saya di dalam hati.Kerana saya mengenali Hlovate semasa belajar di Southampton dulu walaupun sekadar maya,saya membeli buku itu.

4.Saya juga membawa balek sebuah buku cerita bertajuk Deja'Vu.Walaupun saya tidak mengenali penulisnya,tetapi penulis ini bernaung di bawah Jemari Seni Publishing.Syarikat penerbitan yang saya percaya mutu keluarannya.

5.Saya tidak kecewa.Saya gembira.:-

i.kerana [tunas] adalah Gt_[i] versi cetak.cerita juga ini pernah menemani malam-malam sunyi saya di Southampton dulu.

ii.buku Hlovate ini secara langsung adalah buku motivati untuk adik-adik yang masih bersekolah.maka saya sudah berkongsi cerita ini bersama Ika.saya juga semat dalam hati buku ini akan saya simpan baik-baik untuk dikongsi bersama anak-anak saya nanti.

iii. kerana Dejavu sungguh indah untuk dihayati.Sesungguhnya Allah Maha Agung.

6.Kelmarin,dalam gembira saya juga kecewa kerana Bagas Tangan Bu' Apsah telah habis di pasaran! Sekurang-kurangnya di Kota Kinabalu.Saya kecewa,sangat kecewa.Sebab itu saya membawa balek 3 buah buku resepi yang baru saya temui.Saya terdesak.(Resepi-resepi kak Nina,selalu saya cuba semasa di Southampton).Saya memang tahu kualitinya.

7.Saya seorang yang suka mengenang Nostalgia.Saya sedang cuba mengumpul semua buku yang sering menemani ruang waktu saya semasa di Southampton dulu.Mesti! kerana kenangan adalah pengalaman hidup untuk diteladani dan dipelajari.

8.Insya Allah,selepas ini akan ku borong semuanya dari Jemari Seni.

9. Sorry,for a good quality or work,I'm really bias when it's proven briliant and good.That's me! Loyal,Bias and Choosy.

 

   1 comments

aHaDa
September 18, 2008   06:11 AM PDT
 
Kak Nur,

Agree with you...
Choosy because we look at the quality...
No offense no biasness ok...
Can't wait to hear more strories from you....

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments