|
CERITA YANG INGIN DIKONGSI BERSAMA rasa hati dan akal yang dicedok dari pengalaman,pengamatan,pemerhatian dan pemikiran seorang Nur respect mine and i'll respect yours |
|
Hometown: Tawau,Sabah Malaysia Has been at: Asrama Puteri SMA Kota Kinabalu Hostel B of MFI,Bangi Hall of Resident Glen Eyre,Bassett. Southampton Hall of Resident Montefiore,Swaythling Southampton Swaythling,Southampton. sembulan KK city Currently at: Tmn Richdar,Menggatal,KK city. working at: the most beautiful university in South East Asia Has much to share with .The thought,the feeling,the story of my ongoing life.
|
"Dan hanya kepada-Nyalah siapa saja yang ada di langit dan di bumi.semuanya hanya kepada-Nya tunduk" surah ar-rum:26
:: DJC & CDO gengz??!! :: :: E-Novela :: "Dan kepunyaan Allah-lah di langit dan dibumi dan kepada-Nyalah dikembalikan urusan-urusan semuanya,maka sembahlah Dia dan bertawakal lah kepada-Nya.Dan sekali2 Tuhanmu tidak lalai dari apa yg kamu kerjakan":surah Hud; 123 since 30 mei 2004 -:: cahaya kebaikan ::- |
Gembira Ramadhan 1429H 1. Alhamdulillah,berjalan dengan lancar.Hari2 masak sungkai (juadah berbuka puasa istilah orang Kota Kinabalu) untuk bapak dan pika.Tapi sudah dua kali miss masak untuk sahur. 2.Alhamdulillah,Insya Allah hujung-hujung Ramadhan tahun ni dapat dijalankan dengan sempurna. 3.Perkara menarik semasa mesyuarat jabatan tadi.Sofian kata dengan nada bergurau " kamu perempuan,tiap tahun kamu ndak full puasa" dan tangannya menunjuk ke arah saya. hahahahahha, I'll be really offensive in this matter but I can cool down in very fast moment. I answered him " Sapa kata, aku qada' puasa lepas raya.So puasa aku tetap cukup tiap tahun " dan Sofian pun terus melusur keluar dari bilik mesyuarat. 4.Sapa kata perempuan yang akil baligh puasanya tidak cukup setiap tahun.Melainkan mereka yang tidak berpuasa selepas bulan ramadhan utk tujuan mencukupkan puasa mereka yang tertinggal di bulan Ramadhan.Sebagai seorang wanita saya akan berpuasa 9 hari (sunat+wajib) selepas ramadhan nanti.Sungguh untung lah kita ni,masa mau mencukupkan puasa yang yang tertinggal kita boleh dapat pahala sunat,jika kita berpuasa pada hari Isnin dan Khamis.niat qada' dan sunat sekali.untungkan!!!!! 5.Kenapa saya panggil puasa yang tertinggal.Sebab lepas raya kita kena Qada' puasa.Mcm solat kita kena Qada' solat jika dengan tidak sengaja tertinggal solat.So maksudnya kita qada' puasa sebab kita tertinggal puasa dengan tidak sengaja.tidak sengaja disebabkan kerana rutin bulanan seorang wanita/perempuan. :D Addicted to The Nanny. 1.Rancangan ni pernah saya tonton semasa saya dibangku sekolah rendah .Waktu tu belum ada astro,so the nanny ni bersiaran di RTM2.Saya memang suka tonton sitcom ini. 2.Sekarang,The Nanny boleh kita tonton di Hallmark Channel,702 melalui astro. 3.kenapa saya suka the nanny,sebab lawaknya sentiasa segar,sinikal dan menggelikan hati. 4.Ya,sejak akhir2 ini saya sering ketawa sendirian di ruang tamu. 5.Agak2nya berapa umur Miss Fran Fine sekarang? Suka tonton Oprah. 1.Sejak menonton rancangan ini,saya berfikir mengapakah tiada orang Muslim di dunia ini yang punya harta banyak seperti atau lebih dari Oprah yang suka memberi bantuan kepada orang yang memerlukan. 2.saya juga baru terfikir mungkin ada,tapi mereka tidak rakam dan siarkan di dalam rancangan talk show seperti oprah.Apa lah Nur ni,Allah kan tidak suka hambaNya menunjuk2.saya harap memang ya ada Muslim yang lebih dermawan dari Oprah waktu ini,tapi kita tidak tahu. 3.Oprah pun menyahut seruan dan bersama2 dengan penerbit yang lain membuat satu rancangan realiti tv .Yang bagusnya rancangan realiti oprah ini, peserta mesti membantu orang yang memerlukan dengan cara mendapatkan bantuan daripada orang ramai.Sapa yang mendapat bantuan terbesar,dialah yang akan menang.Semua ini kita boleh saksikan di hallmark channel,sabtu 9 mlm. 4.Saya harap ada syarikat penerbitan di malaysia yang meniru rancangan realiti Oprah ini.Malaysian Idol boleh ditiru dari American Idol.ndak kan yang ini ndak boleh pulak. Win without Fighting. 1.Inilah bahan bacaan saya,di awal Ramadhan ini.Harap hujung minggu ni saya boleh habiskan. Gembira. 1..Ya Allah,aku bersyukur kepada-Mu kerana selepas kesedihan yang menimpa2 berapa bulan lalu,akhir-Nya sekarang ini Kau kurniakan kegembiraan. 2.Benar! dengan memaafkan orang lain yang melakukan kesalahan terhadap kita.Allah serikan kebahagiaan dan kegembiraan. 3.Saya sedang merasakannya,malah saya menang tanpa bertanding.Anda? Okey people,have a great Ramadhan everyone! Salam. Nur
Hidup :D 13.08.08
11 Syaban 1429H. Hidup.Tanpa masalah,tanpa dugaan,tanpa ujian.tiadalah kemanisan hidup itu. Hidup.Juga tanpa kegembiraan,tanpa kebahagiaan, tanpa kesenangan,tiadalah kepahitan hidup itu. Ya,semuanya cukup kontra dan berpadanan. Kan Allah jadikan setiap makhluk di bumi berpasang-pasangan.Maka mungkin situasi pun tidak mustahil berpasangan.
Disetiap ranjau yang mendatang,pasti akan ada kesenangan yang datang selepasnya.Allah janjikan kita itu.Rujuklah surah Al-Insyirah.Baca tafsirannya.Allah mengulang-ulang perkara ini.Selepas kesusahan pasti ada kemudahan yang datang. Dan bila kemudahan itu datang,kesenangan itu tiba.Kita mesti beringat kerana tanpa kita sedar kesenangan,kegembiraan dan kebahagiaan adalah ujian yang tersirat dari Allah. Adakah kita tergolong dari kalangan mereka yang sentiasa bersyukur dengan nikmatNya. Tepuk dada tanyalah Iman. Ketika masalah melanda,kesakitan yang dirasai memang tidak terperi.Tekanan tidak dapat dibendung.Jangan bersedih tapi menangislah sepuas-puasnya untuk meredahkan dan meluahkan segala apa yang tersemat di hati. Masalah,dugaan dan ujian adalah tanda sayang Nya Allah.Begitu juga dengan kegembiraan,kebahagiaan dan kesenangan,itu tanda Allah mengasihi kita.Namun adakah kita menyayangi Maha Pencipta dengan mensyukuri semua anugerah-Nya? Bersyukurlah dengan setiap pemberian-Nya walaupun kadang-kadang apa yang diberi bukan seperti yang kita harapkan. Selamat beramal di bulan Syaban.
tagged by aweng Kali Pertama naik Kapal Terbang Kali Pertama Pergi Overseas Kali Pertama Dok jauh Ngan Keluarga Kali Pertama Merasakan Diri Gemuk Kali Pertama Merasakan Diri Cantik. Ehem,I'm got somebody too,now!! kan en.nazaruddin. Kali Pertama Masuk Wad happy birthday to me,happy birthday to me,happy birthday to me.happy birthday to me!!!!
|
||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||