|
CERITA YANG INGIN DIKONGSI BERSAMA rasa hati dan akal yang dicedok dari pengalaman,pengamatan,pemerhatian dan pemikiran seorang Nur respect mine and i'll respect yours |
|
Hometown: Tawau,Sabah Malaysia Has been at: Asrama Puteri SMA Kota Kinabalu Hostel B of MFI,Bangi Hall of Resident Glen Eyre,Bassett. Southampton Hall of Resident Montefiore,Swaythling Southampton Swaythling,Southampton. sembulan KK city Currently at: Tmn Richdar,Menggatal,KK city. working at: the most beautiful university in South East Asia Has much to share with .The thought,the feeling,the story of my ongoing life.
|
"Dan hanya kepada-Nyalah siapa saja yang ada di langit dan di bumi.semuanya hanya kepada-Nya tunduk" surah ar-rum:26
:: DJC & CDO gengz??!! :: :: E-Novela :: "Dan kepunyaan Allah-lah di langit dan dibumi dan kepada-Nyalah dikembalikan urusan-urusan semuanya,maka sembahlah Dia dan bertawakal lah kepada-Nya.Dan sekali2 Tuhanmu tidak lalai dari apa yg kamu kerjakan":surah Hud; 123 since 30 mei 2004 -:: cahaya kebaikan ::- |
gembira + sedih = drama. Sekiranya kalian sering melihat rangkaian hallmark, tagline iklannya amat menarik dan tepat untuk dikaitkan dengan kehidupan. "Life is Drama " and "Life is Intriguing" Tag line yang paling Nur suka ialah "Life is Drama ". Kehidupan Nur sekarang memang penuh drama yang sangat dramatik.Jika kalian sering ataupun merupakan peminat soap-opera dari Indonesia yang jalan ceritanya sentiasa berliku-liku (tidak masuk dek akal = tidak logik),kalian mesti boleh merasai dan memahaminya. Nur bukannya peminat cerita2 begitu. Malangnya,Nur terperangkap dalam drama sebegitu di dunia realiti. Syawal kali ini,adalah syawal paling menyedihkan.Dekat tapi Jauh itulah istilah yang paling tepat untuk digunakan. Rasanya beraya jauh diperantauan adalah lebih baik daripada apa yang Nur lalui sekarang ini.Masa itu istilah jauh tapi dekat memang paling sesuai. Alhamdulillah,akhirnya mendengar berita paling menggembirakan petang tadi.Rasa terharu,gembira dan dihargai begitu terasa,dalam masa yang sama rasa kesedihan yang berbaur tetap ada. Hingga saat ini,perasaan sedih menyelubungi kerana kegembiraan yang dirasai tidak dapat dikongsi bersama dengan mereka yang amat dikasihi. Allah,syukurku hanyalah untukMu sedari aku sering alpa kepadaMu.Ku mohon ya Allah,agar kegembiraan besar dapat dikongsi bersama semua yang dikasihi itu dihari yang amat di nanti. Gembira,dan sedih itu tanda nikmat dari-Nya.
Aktiviti Kuih Raya. Alhamdulillah.3 daripada 5 cookies raya yang dirancang telah siap sepenuhnya.Malah,isi kontainer pun makin berkurang dari hari ke hari.Sakit hati,hehehehehhehe sehingga terpaksa menjadi pengawas yang mengawal pergerakan di dalam rumah,apalagi di kawasan meja makan.Iaitu lokasi penyimpanan biskut-biskut raya itu.Kerana biskut-biskut itu sudah ada peminat tersendiri.Agak2nya balek ke Tawau nanti,orang rumah sendiri yang habiskan cookies tu.Takpe,yang penting habis. Nak tgk gmbr cookies ni,pegilah my fotopages. Ada cerita yang lagi details kot.Alah setakat 3 gmbr apa kes.kuang kuang kuang. Shopping. Apalah ertinya raya tanpa shopping.Bukan namanya perempuan kalu tak shopping.Ingat tak dulu-dulu Nur pernah bercerita berbanding mak,bapak Nur lagi suka shopping sehinggakan kami yang hampir patah lutut di buatnya.Yeah!!!! Tahun ni begitu lah ceritanya.Yang paling untung memang si adik Bongsu ShahfiQah lah sapa lagi.My father ? He shops till he drops,even me can't fight him. Our shopped activities started from the day my father bought me an oven.Continued on the next Sunday, and hopefully last nite was the last one here in KK.Not to mention when we gonna start shopping at Tawau. dan esok,insya Allah.adalah masa untuk keluar berdua bersama si dia. Itulah sebab mengapa ada 2 jenis cookies yang belum lagi dapat disiapkan.Sebab sayalah orang yang wajib menemani mereka ketika membuat pilihan. Memang lah penat,tapi saya mesti menghargai masa-masa ini. Pulang. Insya Allah,kami semua akan pulang ke Tawau,Sabtu ini.Perancangan perjalanan bermula selepas Subuh.Perlu awal untuk mengelak kesesakan di kawasan Ranau.Kami berkonvoi nanti.2 kereta. Tahun ni insya Allah seronok.Kerana kami bersepupu ramai yang pulang beraya.Anak-anak buah mesti lagi memeriahkan suasana. Ya,dalam hati memang ada rasa sedikit tidak sabar untuk pulang! Selamat Hari Raya Semua
Semangat Semangat. 1.Kelmarin,orang Borneo Malaysia cuti meraihkan hari Malaysia. (16.09.08).Cuti mestilah seronok. 2.Awal-awal pagi lagi bapak mengetuk pintu bilik. "Bangunlah Nur,kita pergi beli oven" 3.Ya,sejak akhir tahun lepas bapak saya berjanji membelikan saya oven.Ya,anaknya ni suka "baking membaking" (istilah membuat kek dalam Bahasa Ratu yang di Melayu kan). 4.Akhirnya,janji itu ditepati.Mungkin setelah bapak melihat "effort" anaknya membakar kek coklat menggunakan microwave.Resepi yang dilampirkan sekali bersama "manual" microwave. 5.Saya mahu tambah info,microwave itu saya beli di UK sebelum saya balik "back for good" ke Malaysia. 6.Kini semangat untuk membuat biskut raya,berkobar-kobar di dalam hati. 7.Mana tidaknya berkobar,sebaik saja membeli oven itu.Saya bawah bapak dan ika ke kedai buku.3 buku resepi saya bawak balek kelmarin.Tidak mengapa,buku masakan juga ilmu. 8.Insya Allah,Sabtu ni saya akan mula berjuang ke titis darah terakhir.Hahahaha 9.Aweng,aku mohon resepi tart nenas mu! Buku dan Nostalgia. 1.Minggu lepas saya ke Eaton's.(Nama kedai yang popular di Kota Kinabalu.Kami juga ada cawangan kedai buku Popular di sini.)Saya berpusing-pusing di bahagian buku cerita. 2.Saya seorang yang pemilih.Saya hanya membaca buku cerita yang diolah oleh penulis yang saya kenali (walaupun hanya secara maya) ataupun penulis itu dibawah naungan syarikat terbitan yang saya percayai. 3.Saya terlihat [tunas] oleh Hlovate.Buku baru kah ni? Tanya saya di dalam hati.Kerana saya mengenali Hlovate semasa belajar di Southampton dulu walaupun sekadar maya,saya membeli buku itu. 4.Saya juga membawa balek sebuah buku cerita bertajuk Deja'Vu.Walaupun saya tidak mengenali penulisnya,tetapi penulis ini bernaung di bawah Jemari Seni Publishing.Syarikat penerbitan yang saya percaya mutu keluarannya. 5.Saya tidak kecewa.Saya gembira.:- i.kerana [tunas] adalah Gt_[i] versi cetak.cerita juga ini pernah menemani malam-malam sunyi saya di Southampton dulu. ii.buku Hlovate ini secara langsung adalah buku motivati untuk adik-adik yang masih bersekolah.maka saya sudah berkongsi cerita ini bersama Ika.saya juga semat dalam hati buku ini akan saya simpan baik-baik untuk dikongsi bersama anak-anak saya nanti. iii. kerana Dejavu sungguh indah untuk dihayati.Sesungguhnya Allah Maha Agung. 6.Kelmarin,dalam gembira saya juga kecewa kerana Bagas Tangan Bu' Apsah telah habis di pasaran! Sekurang-kurangnya di Kota Kinabalu.Saya kecewa,sangat kecewa.Sebab itu saya membawa balek 3 buah buku resepi yang baru saya temui.Saya terdesak.(Resepi-resepi kak Nina,selalu saya cuba semasa di Southampton).Saya memang tahu kualitinya. 7.Saya seorang yang suka mengenang Nostalgia.Saya sedang cuba mengumpul semua buku yang sering menemani ruang waktu saya semasa di Southampton dulu.Mesti! kerana kenangan adalah pengalaman hidup untuk diteladani dan dipelajari. 8.Insya Allah,selepas ini akan ku borong semuanya dari Jemari Seni. 9. Sorry,for a good quality or work,I'm really bias when it's proven briliant and good.That's me! Loyal,Bias and Choosy.
|
|||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||